Setelah sekian lama tak mem-belog, akhirnya kak Rai menulis blog lagi. Dulu Kak Rai memang tulis blog, bertahun.. hampir hari2 update cerita. Kalau follower kak Rai tu dah tau la perjalanan hidup kak Rai bersama family tak berapa besar kak Rai yang bertujuh beranak ni. Dari susah jadi senang sikit, dari senang sikit jadi senang banyak. Alhamdulillah. Dah senang banyak tiba2 jadi susah balik. Alhamdulillah.
Semua tu mengajar kak Rai jadi manusia yang lebih positif, lebih bersyukur, lebih peka, lebih itu dan lebih ini walau duit tak lebih mana. Alhamdulillah. Duit bukan segalanya kan? Kadang2 ada manusia perlu hilang SEMUA untuk belajar perkara paling penting dalam hidup iaitu BERSYUKUR dan MERENDAH DIRI. Walau dalam kes kak Rai, kak Rai tak hilang SEMUA tapi yang hilang tu cukup dahhh buat perit itu terasa keh keh keh.
Pastu.... kak Rai TERPAKSA berhenti menulis blog sebab tak reti mcm mana nak update payment tahunan kat google ni. Habis blog kak Rai HILANG begitu sahaja. Takpelah. Hanya DIA yang tau kenapa. Pasti ada hikmahnya kak Rai tak diizinkan menulis lagi. Mungkin kerana emosi tak berapa stabil masa tu, apa yang kak Rai akan tulis mungkin tak sesuai dibaca umum.
Dan beberapa kali cuba menulis kembali, masih lom ada mood.
Sekarangggg... kak Rai CUBA la untuk aktif mem-blog kembali sebabbbb kak Rai rasa masanya dah sangat sesuai. Takmo hurai pepanjang pasal masa lalu tu. Yang berlalu biar berlalu. Tapi sepanjang tempoh setahun lebih tu memang perit lah.
Ohhh kenapa nama blog ni RAIMANDA PERFUME?
Sebab kak Rai sekarang dah jadi tokey perfume jenama sendiri kononnya. Ini bukan cobaan tapi ini adalah sesuatu yang kak Rai sedang usahakan bersungguh-sungguh.
TIADA TEAM. TIADA OFFICE. TIADA MODAL BESAR. Dengan satu jumlah kecil sebagai modal permulaan, itulah yang kak Rai dok rolling rolling rolling dengan berbekalkan semangat waja. Yakinlah rezeki itu Allah dah tetapkan dan Allah suruh usaha untuk dapatkannya. Kan? InsyaAllah, semoga kita sama-sama akan diluaskan rezeki olehNYA.
![]() | |||
FB: Raimanda Perfume
Jemput la follow.
Sehingga di lain post. Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. InsyaAllah.