Singgah Santai Kejap

Friday, 24 November 2017

BOOTH PERTAMA

Assalamualaikum.

Setelah lebih kurang sebulan setengah memiliki produk sendiri iaitu Raimanda Perfume, dan berbagai iklan dan promo dan cara kak Rai trial and error-kan, tiba-tiba rezeki datang. Alhamdulillah, seorang kawan yang kak Rai kenal dari SMULE apps, offer satu booth di Melaka Premium Outlet (MPO) - Freeport A'Famosa Outlet  selama 2 hari sempena Melaka Online Fashion Vol 2, anjuran Eh Eh Bazaar

Terperanjat jugak. Rezeki jangan ditolak, apa lagi dinafi kan? Walau last minute, takde bunting, takde apa pun barang untuk booth, kak Rai usahakan juga untuk dapatkan segala apa peralatan yang perlu. Semuanya dibeli dalam kos sebajet-bajetnya. Tak perlu membazir. Beli brg kat Daiso kan jimat. Satu barang RM5.90. Beli alas meja kain satin bidang 60 di Gulatis, kos kurang RM60. Bunting pulak, suami kak Rai, Abg Z yang tempahkan. Kak Rai design je ala kadar. Guna gambar sedia ada dalam komputer. Semua gambar memang kak Rai ambik sendiri. Kak Rai beli e-book dari FB, fotofon namanya, lalu kak Rai belajar dan ambik gambar sendiri. Sebab tu skrg ni guna pakai dulu ulang2 gambar yang sama. Haha.



Dan akhir sekali kak Rai kena dapatkan biji kopi je. Tu je brg lom jumpa. Dulu kat area rumah lama, Aeon Big tu ada aje jual biji kopi. Kat area rumah baru ni xde pulak. Hmm.. kalau tak jumpa jugak, kena gi ke area rumah lama ke besok? Tengok la keadaan.

Dan uols kalau ada free time atau tak tau nak ke mana Sabtu dan Ahad ni, 25 - 26 Nov 2017, meh la serbu MPO. Jam 10am sampai 10pm dibuka. Yg bestnya nanti ada artis buat persembahan termasuk rakan2 kak Rai, artis2 SMULE yang berbakat.


kawan saya tu No 2 dan No 3 dari kiri

Sehingga di lain post. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. InsyaAllah.