Singgah Santai Kejap

Monday, 25 December 2017

Raimanda Dot Com

Assalamualaikum.


Uols tau tak produk Raimanda ada webstore dan website? 

Tak tau? 

OK takpe hari ni Kak Rai nak cerita kenapa uols kena beli dari webstore www.raimanda.com. Biasanya webstore dibina untuk memudahkan peniaga dan pembeli juga. Selain memudahkan, membeli dari webstore LEBIH SELAMAT berbanding beli secara pm-pm atau whatsapp.

www.raimandaperfume.com
Website kami

Cuba bayangkan kita sebagai pembeli, berurusniaga dengan penjual yang up gambar di FB, Instagram. Pastu kita berkenan lalu terus kita pm dia melalui DM atau Messenger atau Whatsapp. Pastu dia suruh bayar, kita bayar. Dan kita lupa nak check latar belakang penjual. Kita lupa nak check history atau feedback drp pembeli lain. Kita lupa nak cek sama ada penjual itu didaftarkan di SSM atau tidak. Mungkin ada banyak bantahan terhadap perlunya mendaftarkan perniagaan sebelum berniaga online. Memang betul, leceh sangat rasanya bila berniaga kecil-kecilan pun nak berdaftar-daftar bagai. Tapi cuba lihat dari sudut yang positif. Oleh kerana sosial media skrg dah jadi macam lubuk duit, bukan hanya yg meniaga, yg menipu pun ramai. Kak Rai sendiri pernah bayar beratus tapi barang tak sampai. FB page dia memang menarik. Ramai folo. Ramai order PRE-ORDER. Dia collect collect collect duit beribu (masa tu sebelum raya) pastu tetiba kat FB page dia upload gambar profile - CLOSED. Kebanyakan post dalam tu pun dipadam. Kita pembeli boleh buat apa? Nganga aje lah. 

website RaimandaPerfume.com

Nak buat report pun, apa info pun takde. Sebab tu la peniaga dimestikan mendaftar syarikat sebelum berniaga online. Boleh membina kepercayaan pembeli. Apa-apa hal boleh bawak ke balai saja. Kalau kita ronda-ronda dalam kebanyakan webstore seperti www.raimanda.com sendiri, ada tertulis TERM & CONDITION dan DISCLAIMER, ada PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 bagi melindungi personal data pembeli yang memberi personal data mereka melalui webstore dalam urusan jual -beli. Pemilik webstore TIDAK BOLEH menyalah-gunakan atau menjual data peribadi pembeli seperti nombor fon / mykad (sewaktu pendaftaran ahli)  dan sebagainya kepada org lain, melainkan hanya untuk urusan jual beli di webstore sahaja. Kalau gagal mematuhi peraturan ni pemilik webstore boleh kena TANGKAP.



Agen Raimanda Perfume juga dimestikan mendaftar dahulu sebelum menjual produk Raimanda. Kami akan minta dan simpan data seperti nombor MyKad, nama penuh dan alamat agen supaya kalau ada sebarang komplen, kami boleh bertindak yang sepatutnya.

Membeli dari webstore mudah. Ronda2 cuci mata pastu berkenan terus klik Add To Cart atau button seumpamanya. Pastu nanti diberi cara pembayaran. Detail untuk membayar akan diberi, email juga akan dikirim kepada pembeli. Email yang diterima boleh digunapakai untuk buat sebarang komplen / laporan. Kak Rai tak pasti kalau conversation dalam whatsapp boleh digunakan untuk lodge police report sebab mesej dalam whatsapp atau chatting apps boleh dipadam. Pilihan di tangan anda.
Membina webstore ada yuran dia. Dari ratus ke ribu. Kami berusaha nak memberikan keselesaan bershopping dengan selamat kepada pembeli, segala info ada dalam webstore. Kami keluarkan beratus malah beribu untuk tujuan tersebut. Tapi kadang2 pelik bila pembeli tetap pilih cara PM. Dah PM senyap pulak. BLUE TICK. Yang memang nak beli, ok je. Cuma kdg2 jari jemari tak tertaip menjawab segala soalan yang semuanya boleh didapati dari webstore. Habit atau habit?

Kenapa mesti shopping di www.raimanda.com

Di www.raimanda.com, setiap pembelian yang berjaya akan diberi reward points. Reward points yang pembeli dapat tu boleh dikumpul dan bila dah cukup nanti boleh tukar points terkumpul dengan produk. Katakan satu perfume wanita berharga RM60, point yang pembeli collect ialah 40 poin.



Kali pertama membeli dah dapat 40 point. Lain kali kumpul lagi. Lama2 insyaAllah cukup untuk beli satu barang guna point terkumpul. Buat pengetahuan uols, www.raimanda.com bukan hanya menjual perfume, kini sudah ada produk lain. Kalau nak tau, klik ke www.raimanda.com dan cuci mata hehe.

Adalah disarankan agar pembeli mendaftar sebagai ahli apabila membeli. Sebabbb... kami akan bagi offer dari masa ke semasa kepada pelanggan berdaftar di webstore kami (melalui email). Kalau tak daftar, email yg ada offer tu tak sampai ke email uols tau. 

Tapi kalau rasa takmo beli sekarang, cuma nak daftar dulu, PUN BOLEHHHH... nanti uols akan terima email yg offer itu offer ini setiap bulan. Mana la tau nanti kami nak kasi voucher code 50% kepada ahli berdaftar yang bertuah?????

OK lah jangan buang masa lagi. Produk baru akan dipasarkan tak lama lagi, dan kak Rai nak kasi harga pengenalan gila gila gila gila murah. Daftar sekarang sebagai ahli www.raimanda.com dan tunggu email dari kami kayyyy... 




Monday, 4 December 2017

KENAPA PERFUME?

Assalamualaikum.

OK sejak kira-kira 2 bulan setengah Raimanda Perfume berada di pasaran, Kak Rai memang pelan-pelan buat promosi untuk 10 haruman yang Kak Rai keluarkan. Memandangkan kebanyakan masa Kak Rai sorang-sorang yang buat segala macam kerja, Kak Rai memang tak boleh nak terkocoh-kocoh. Ada orang mungkin tak sabar. Tapikan, sebab itulah Kak Rai selalu dengar atau baca pendapat orang. Katanya lebih kurang gini la bunyik dia "Buatlah sesuatu yang kita minat." dan hari ni pulak Kak Rai tonton satu video motivasi, katanya "Kalau anda keluarkan sesuatu produk untuk jadi kaya, anda takkan kaya". Sebab itulah, bila kita buat perkara yang kita minat, kita akan terus buat pelan-pelan sampai berjaya. Kalau kita tak minat silap-silap terkandaslah di tengah jalan.




Hah! Apa sebenarnya tujuan keluarkan produk sendiri? 

Kenapa ye? Kak Rai ingat lagi bila Kak Rai bebel-bebel kat abam Z tentang satu perfume inspired. Dia suruh Kak Rai jualkan tapi Kak Rai taknak. Ada beberapa faktor yang membuat Kak Rai menolak untuk menjual perfume tersebut. Agaknya letih dengar bebelan Kak Rai, Abam Z terus berseloroh supaya Kak Rai buat perfume sendiri. Aikkk???? Biar betul? Kak Rai yang tengah bosan takde apa nak buat masa tu selain jual tudung rajut/kait (boleh cek instagram tudung kak Rai ----> Raimanda Shawl), terus sahut cabaran dan dalam masa 2 bulan memang Allah mudahkan jalan untuk kami. Alhamdulillah lancar urusan tersebut. Maka terhasillah Raimanda Perfume.



Jadi, kenapa terhasilnya Raimanda Perfume? Kerana Kak Rai banyak idea nak dicurahkan. 10 haruman pertama ini adalah permulaan. Lepas ni insyaAllah Kak Rai sedang merancang satu dua produk lagi untuk dikeluarkan. Untung rugi? Alhamdulillah bulan kedua ni sales berganda berbanding bulan pertama. Apa yang penting ialah, JANGAN LUPA BAYAR KOMISYEN AGEN haha. Hak orang jangan lupa pulangkan. Kak Rai belum bergaji lagi. Kak Rai kasi gaji agen dulu. Ada agen yang siap-siap ambik komisyen sebelum bank in ke Kak Rai. Ada yang nak kumpul sampai hujung bulan. Maknanya agen kaya dulu, Kak Rai nanti dulu hihihi. Takpe. Rezeki masing-masing. Bukan senang nak jumpa orang yang sudi promote produk kita yang masih baby ni. Agen-agen Raimanda Perfume memang hebatlah pada Kak Rai sebab berjaya jual produk baby dan tambah income sendiri. I salute!



Kak Rai nak tekankan di sini bahawa haruman inspirasi tidak 100% sama dengan haruman dari brand ori tau. SALAH di sisi undang-undang. Sebab itulah kandungan pati, berapa peratusan kandungan itu dan ini, botol, artwork, nama brand, kotak, gambar bagi tujuan marketing semuanya kami kena fikir sendiri. Bukan fikir kosong2 tau, tapi kena fikir sambil keluarkan modal marketing, modal bayar kat designer, ada juga yg mempertaruhkan modal ratusan ribu untuk bayar DUTA dengan harapan mendapat sales dari pengaruh duta tersebut. Ada juga yang taknak guna duta tapi memviral diri sendiri dengan pelbagai cara. Ada yang guna pengaruh tv dan radio, jadi penaja filem atau drama dan sebagainya. Semuanya BERMODAL dan perlu USAHA lebih.
 
 
 
Sebab itulah produk perfume inspirasi mempunyai market price yang hampir sama. Yang dah terer2 tu mungkin agak tinggi harga dia sebab byk pelaburan yang telah dibuat. Mengeluarkan produk sendiri memang mudah tapi nak memasarkannya tidaklah semudah mengeluarkannya. 
 
Sekiranya ada diantara anda yang berancangan mengeluarkan produk sendiri, studylah dalam-dalam dan bersedialah menghadapi turun naiknya emosi diri sendiri. Blog ini juga bertujuan memberi sedikit idea dan gambaran perjalanan Kak Rai sebagai pengeluar produk baby dan semoga memberi idea dan inspirasi kepada uols ok.

Berminat membeli Raimanda Perfume?

SWEET

Bulan ni SWEET dijangka mendapat perhatian lebih. Haruman buah pada top notes, bunga pada middle notes dan kayuan pada penghujungnya (base notes) pasti buat uols tertawan.

BELI DI SINI atau whatsapp 018-975 0901






Friday, 1 December 2017

PERFUME DIA TAK BEST?

Assalamualaikum.

SALAM MAULIDUR RASUL. Mari berselawat.  ***

*
*
*
*
*

Sebagai peniaga, setiap feedback customer adalah penting untuk diambil kira. Adalah penting juga untuk menyimpan setiap testimoni yang diberikan. 

Menjadi lumrah dalam bisnes, ada feedback positif ada juga feedback negatif. Sebab itu sebagai pengeluar produk seperti kami yang mengeluarkan perfume ni, perlu ada ILMU tentang perfume dan perlu terus KAJI dan GALI dan BELAJAR dan CARI info. Bukan cari di internet semata, tapi buatlah juga kajian sendiri mengikut cara sendiri yang sesuai.



Biasanya customer perfume inspired mesti nak perfume yang:

1. Bau mahal

2. Tahan lama berjam-jam, kalau boleh seharian paling kurang.

3. Harga murah

4. BONUS - Botol cantik dan elegant



Dan biasanya mereka LUPA bahawa haruman yang mereka spray ke badan atau baju mempunyai daya ketahanan berbeza-beza terhadap seseorang individu kerana setiap individu itu sendiri adalah unik dan tak mungkin sama dengan individu lain.

Ketahanan perfume biasanya bergantung kepada:

1. Body chemistry seseorang. Jenis kulit - lembab atau kering atau sangat kering, PH level, cepat berpeluh dan sebagainya.

2. Jenis fabrik baju yang dispray perfume.

3. Persekitaran - indoor, outdoor, dan sebagainya.

4. Cuaca dan tahap kelembaban (humidity).

Mengikut pandangan peribadi Kak Rai sendiri, adalah tidak adil untuk judge sesuatu produk sebagai tak bagus atau tak elok hanya kerana ia tak sesuai dengan kita. Melainkan produk yang dijual sudah rosak, expired, mengandungi kandungan tak baik, memudaratkan, itu lainlah.

Masa buka booth di Melaka MPO hari tu, ada beberapa perfume test strips yang Kak Rai terima daripada peniaga lain. 

Abg Z tanya, "Best tak bau dia?"

Kak Rai jawab, "Tak menepati selera saya". Ada juga yang Kak Rai kata "Yang ni best!"

Sebab apa Kak Rai jawab macam tu (yg pertama)? Sebab kalau tak sedap pada Kak Rai, belum tentu tak sedap untuk orang lain. Mungkin pada orang lain itulah haruman terbaik dia pernah bau. Sama juga dengan produk makanan. Contohnya produk susu kambing. Tak adil sungguh rasanya bila telinga Kak Rai ni dengar sendiri daripada seorang peniaga berjaya, pendapat dia tentang satu produk susu kambing ni.. katanya, "Nak muntah. Loya. Tak sedap. Kembang tekak!" di hadapan umum dalam satu bual bicara. Kemudian tak lama lepas tu dia kata dia keluarkan satu produk hampir sama dengan review "Paling sedap di seluruh dunia". 

Nampak? 

Sungguhpun nak melariskan jualan sendiri, janganlah dikondem-kondem produk orang lain hanya kerana ia tak menepati citarasa tekak kita. Contohilah sifat mulia Rasulullah saw kita. Baginda tidak pernah mencaci makanan. Jika tak suka kepada sesuatu makanan tersebut, Baginda tinggalkan. Bukan mencaci.

Kak Rai nak mengaku sesuatu. Sebelum mengeluarkan Raimanda Perfume, Kak Rai TAK TAU tentang inspired perfume yang ada macam-macam brand di Malaysia ni kecuali One Drop Perfume dan Fm Perfumes yang berasal daripada negara luar sebab Kak Rai pernah jugak buat biz FM tu sikit2 dulu. Dexandra ke, AJ ke, semua Kak Rai tak kenal. Lagipun Kak Rai lebih gemar membeli perfume brand ori di kaunter mall. Masa buat biz FM tu la Kak Rai banyak belajar tentang apa itu EDT, EDP, Parfum, top notes, heart notes dan base notes. 

ehsan Google


Dalam tempoh production Raimanda Perfume tersebut, masa tu la baru Kak Rai kenal dan tau tentang bisnes inspired perfume di Malaysia yang sangat pesat dan berkembang. Dan masa tu jugaklah Kak Rai terdengar orang kata "Brand XXX pun dah jatuh qualitinya. Dah tak tahan baunya". Kak Rai memang jenis tak reti nak menambah bila Kak Rai tak tau apa2 tentang sesuatu tu. Tapi bila sendiri dah buat kajian, Kak Rai rasa kerana viralnya statement negatif SEORANG hamba Allah yg mengatakan "Brand ni tak dah bagus", sejuta orang dalam Malaysia ni boleh terpengaruh dengan statement tersebut. Padahal, hamba Allah tersebut menggunakan perfume tersebut sambil masak kot.. atau masa tu dia banyak buat aktiviti luar dan berpeluh dengan banyak kot atau dia saja buat statement tu utk jatuhkan sesuatu nama yang sedang naik. Wallahualam. Pendek kata, hati-hatiah dengan statement sendiri. Manusia keliling pulak mudah terpengaruh. Apa lagi hal negatif, orang memang suka dengar.

Berbalik kepada cerita perfume. Balik dari Melaka, Kak Rai sekali lagi buat ujikaji ke atas Raimanda Perfume. Sebab hari pertama di bazaar, semua perfume strip yang dibawa, Kak Rai habis gunakan. Jadi Kak Rai terpaksalah guna kaedah lain pada hari ke dua untuk bagi pengunjung 'cium' bau Raimanda Perfume. Selain bagi cuba terus ke pergelangan tangan, Kak Rai juga spray kat business card Kak Rai dan ITU adalah satu kaedah yang SALAH. BIG MISTAKE! Business card Kak Rai ada 2. Satu hitam dan 1 putih. Yang hitam yang Kak Rai guna hari tu tak boleh serap perfume tu dan hold haruman walau setengah jam pun. Stupid mistake lah. Tapi yang kad warna putih ok sikit leh tahan 2 hari tapi sangat2 mild je bau dia. Masalahnya Kak Rai cuma guna yang hitam saja. Allah...  #TrialAndError


Test - LADY - Spray pada hari Isnin guna perfume test paper


Test 2 -  FRESH. Spray pada sticky note.

Kak Rai test 2 haruman dulu. Yang pertama perfume wanita iaitu LADY, antara haruman terlaris bulan November. Semua orang nak beli Lady. Bulan Oktober hari tu semua orang nakkan Senorita. Alhamdulillah. Kak Rai spray pada hari Isnin 27 Nov 2017, biarkan di tempat kerja Kak Rai (berhawa dingin dan humidity rendah) dan setiap hari Kak Rai cium. Sampai hari ni, Jumaat 1 Disember 2017, bau Lady masih melekat dan kuat lagi bau dia. 

Yang ke dua Kak Rai test pulak haruman lelaki, FRESH. Memang FRESH adalah antara yang terlaris bulan November selain SEDUCTION. Tapi Kak Rai spray je ke atas kertas sticky notes yang kaler pink seperti gambar di atas. Sama jugak - spray hari Isnin, dan sampai hari ni Jumaat masih ada bau CUMA tak sekuat perfume test paper yang khas tersebut. Kertas sticky notes tu tak cukup bagus dalam mengekalkan haruman sesuatu perfume. 

Pastu dalam satu 'ujikaji' lain, Kak Rai guna perfume yang sama (LADY) pastu pergi ke dapur memasak kari. Apa jadi? Habis masak, baju Kak Rai bau kari. Kak Rai kena salin baju lain pas masak. Jangan kata baju atau badan, rambut kak Rai yang Kak Rai guna serum rambut yang the very very wangi pun, dah bau kari. Memang kena mandi lah nampaknya. Takpelah dah memang tabiat bila salin baju kena mandi sekali. Baru konfiden hilang bau bawang dari badan. 

Kak Rai rasa tak perlulah nak bagi customer jaminan berlebihan atau menjanjikan bulan bintang sehingga misleading. Sebagai pengguna pun, dengan akal fikiran yang Allah bagi, kita boleh fikir akan logiknya sesuatu statement tersebut. 

Masculine dan Senorita

Pendek kata, YE.. daya ketahanan Raimanda Perfume juga dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan badan masing2, sama dengan mana2 perfume dalam dunia ni. Tapi dengan RM60 haruman wanita dan RM55 haruman lelaki yang insyaAllah boleh tahan sampai 2 ke 3 bulan sebotol, rasanya ia masih ditahap MAMPU MILIK bagi rakyat Malaysia yang rata-rata sedang berjimat cermat dan sedang bersiap sedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang pada tahun 2018 nanti.

Semoga kita semua dimudahkan urusan, rezeki kita diberkati dan Malaysia terus aman. 

Amin.

Berminat membeli Raimanda Perfume? Hubungi 018-975 0901 atau beli secara online di www.raimanda.com